Monday, December 27, 2010

MESYUARAT AGONG BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) STUDIO PRIMA

KEPADA SEMUA PEMILIK-PEMILIK STUDIO PRIMA KOTA MALIM PRIMA,  MESYUARAT BADAN PENGURUSAN BERSAMA YANG TELAH DIADAKAN SEMALAM (27/12/2010) TELAH BERSETUJU MENETAPKAN BAHAWA MESYUARAT AGONG STUDIO PRIMA AKAN DI ADAKAN SEPERTI BUTIRAN DI BAWAH :

                             
        TARIKH   :  13/03/2011 (AHAD)
    MASA       :  8.30 PAGI
    TEMPAT  :  DEWAN SERBAGUNA, BLOK D


KERJASAMA TUAN/PUAN UNTUK MENGHADIRKAN DIRI ADALAH AMAT DIALU-ALUKAN KERANA INI ADALAH MASA UNTUK KITA BERSAMA-SAMA MENYELESAIKAN SEMUA MASALAH YANG MEMBABITKAN HARTA BERSAMA DI STUDIO PRIMA. 

BUTIRAN LENGKAP BERKENAAN MESYUARAT AKAN DIKIRIM KE ALAMAT TUAN/PUAN MASING-MASING. KEPADA YANG TELAH BERTUKAR ALAMAT, SILA MAKLUMKAN KEPADA PEJABAT DENGAN SEGERA.


PENGURUSAN JUGA MOHON KERJASAMA DARIPADA TUAN/PUAN UNTUK MEMAKLUMKAN STATUS KEHADIRAN TUAN/PUAN DENGAN MENGIRIM EMAIL KE studio.prima2@gmail.com (sertakan nama, no telefon & lot rumah di studio prima) atau menelefon terus ke no : 05 - 459 4218 (pejabat pengurusan).

KEPADA YANG TIDAK DAPAT MENGHADIRKAN DIRI, SURAT PROKSI AKAN DIKIRIM BERSAMA DAN DIMINTA TUAN/PUAN MENANDATANGANI SURAT TERSEBUT DAN MENGIRIM SEMULA KE PEJABAT PENGURUSAN BAGI MEMBANTU MELANCARKAN PERJALANAN MESYUARAT TERSEBUT.



KERJASAMA TUAN/PUAN DALAM BERSAMA-SAMA BERTANGGUNGJAWAB ATAS HARTA BERSAMA DI STUDIO PRIMA AMAT-AMAT DIHARGAI.


Monday, December 13, 2010

PENGUMUMAN KEPADA PENDUDUK  & PEMILIK PANGSAPURI STUDIO PRIMA KOTA MALIM PRIMA

Pejabat Pengurusan Studio Prima telahpun mengeluarkan dan mengirim invois terkini bagi bayaran service charge & sinking fund untuk tempoh 1/12/2010 sehingga 28/02/2011 manakala invois bagi bil air adalah untuk bulan September 2010 & Oktober 2010.

Invois telah dikirim mengikut alamat masing-masing. Jika terdapat sebarang perubahan alamat, sila maklumkan kepada pejabat Pengurusan dengan SEGERA.

Bagi rumah yang telah disewakan, bil air telah dimasukan di dalam peti surat masing-masing.

Terima Kasih kepada Tuan/Puan yang telahpun melangsaikan TUNGGAKAN untuk CAJ PERKHIDMATAN & S/FUND masing-masing...

kepada yang masih mempunyai TUNGGAKAN...silalah berbuat demikian/datang ke Pejabat Pengurusan di Blok D untuk perbincangan lanjut..

Kerjasama anda dalam melangsaikan Tunggakan adalah demi kebaikan HARTA BERSAMA..



Wednesday, October 27, 2010

Penduduk dituntut bayar RM1j

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


GEORGE TOWN - Tindakan mahkamah akan diambil terhadap penduduk di lima buah flat Taman Teluk Kumbar di sini ekoran kegagalan membayar yuran tunggakan penyelenggaraan sejak 15 tahun lalu yang kini mencecah lebih RM1 juta.
Pengarah Eksekutif Fala Associates Sdn. Bhd., M. Kajendaran berkata, pihak pemaju terpaksa bertindak demikian disebabkan majoriti penduduk masih enggan membayar yuran selenggara meskipun telah dimaklumkan berkali-kali termasuk menghantar notis guaman.
Ujarnya, ekoran kedegilan penduduk, syarikat itu berdepan kesulitan dan terpaksa meminjamkan wang kepada anak syarikatnya, Piala Mutiara Sdn. Bhd. berjumlah RM500,000 bagi membayar bil elektrik, air, gaji kakitangan dan cukai pintu.
"Tiap-tiap bulan pihak syarikat kena keluarkan duit sendiri untuk menyelesaikan masalah pembayaran ini tetapi sehingga hari ini penduduk masih liat membayar tunggakan mereka sejak mendiami perumahan ini.
"Kami tidak memaksa mereka membayar kesemua hutang itu sekali gus, mereka boleh membayar secara ansuran atau datang berbincang dengan kami mengenai cara pembayaran," katanya di sini semalam.

Thursday, October 7, 2010


TASKA RUMAH INTELEK &
KELAS ANAK INTELEK 
DI STUDIO PRIMA
bahagian belakang

sesiapa yang berminat boleh hubungi orang ini yer


pintu hadapan
pandangan dari bahagian belakang
Perkembangan Pembinaan Surau Al-Hidayah
Kota Malim Prima

dah mula pasang tetulang..bila la nak konkrit plak
harap perjalanannya lancar..supaya cepat siap

 
PENGHADANG JALAN DI LALUAN MASUK KE KOTA MALIM PRIMA TERSUNGKUR KE BUMI....

Bila la pihak berwajib nak ambil tindakan..kenderaan besar bebas keluar masuk..nanti bila dah rosak jalan..penduduk jugak yang susah..Harap ada tindakan segera dari pihak yang berkaitan.



kesian..siapa la yang melakukan ini
Di campakkan ditepi jalan macam benda yang tak berguna
kang orang besi buruk angkut baru sibuk nak mencari

Tuesday, October 5, 2010

RUMAH / PERSINGGAHAN UNTUK DISEWA

JENIS RUMAH   -  Pangsapuri 2 bilik
KADAR SEWA     -  Dari RM250.00
HUBUNGI            -  pejabat Pengurusan Studio (Rose)
                                     Off  :  05 459 4218
                                     h/p  :  012 2880112 (waktu pejabat sahaja)



RUANG TAMU & BILIK MASTER


 


TANDAS & DAPUR

BILIK 2

Saturday, October 2, 2010

Komuniti berpagar wajib patuhi garis panduan baru

Oleh Johari Ibrahim (joib@bharian.com.my)
2010/09/03

Kementerian mahu kewujudan tersusun, tingkat keberkesanan


PUTRAJAYA: Berkuat kuasa serta-merta, semua penubuhan komuniti berpagar dan kejiranan berpengawal di seluruh negara diwajibkan mematuhi garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya kewujudannya lebih tersusun dan meningkatkan keberkesanannya.

Antara garis panduan untuk komuniti berpagar ialah pengawal keselamatan mesti ditempatkan 24 jam, manakala ketinggian pagar ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Komuniti berpagar biasanya disediakan oleh pemaju yang jalan dan kemudahan dalam kawasan berkenaan memiliki hak milik strata serta lebih mudah diurus.
Kejiranan berpengawal pula ialah program usaha bersama penduduk dengan mengupah pengawal keselamatan mengawal sekeliling selepas sijil layak menduduki dikeluarkan dan penghuni berpindah masuk ke skim perumahan. Antara garis panduan yang perlu dipatuhi ialah jalan dan kemudahan dalam kawasan berkenaan adalah hak awam dan orang ramai tidak boleh dihalang memasukinya.

PBT antara lain memberi kebenaran pengawal keselamatan diupah oleh penduduk serta dibenarkan mendirikan bilik pengawal dan palang halangan untuk membolehkan orang ramai melalui kawasan perumahan berkenaan. Bagaimanapun struktur bilik pengawal tidak boleh kekal, sebaliknya dibenar menggunakan kabin atau payung besar tetapi tidak boleh bangunan konkrit.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkan garis panduan itu semalam, berkata skim perumahan yang mahu menubuhkan komuniti berpagar atau kejiranan berpengawal perlu berbincang dengan PBT supaya penubuhannya mematuhi garis panduan.


Beliau berkata, Garis Panduan Perancangan Gated Community dan Guarded Neighbourhood menyatakan bahawa perkara asas berhubung tafsiran, prinsip perancangan, panduan umum serta khusus dan piawaian hendaklah dipatuhi.

“Penduduk perlu kemukakan kepada PBT untuk dipertimbangkan dan ia mesti dipatuhi dan diperincikan satu persatu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan ke-63, di sini semalam.

Muhyiddin berkata, garis panduan itu tidak menyentuh jumlah bayaran yang perlu dibayar setiap penduduk, tetapi menyarankan supaya kadar bayaran mendapat persetujuan semua penduduk.


Beliau berkata, undang-undang kecil juga akan digubal mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) bagi mengawal selia komuniti berpagar dan Akta Hak Milik Strata 1985 kejiranan berpengawal
 HAnYA sEkADar pErIngAtAN

Terima Kasih kepada Tuan/Puan yang telahpun melangsaikan TUNGGAKAN untuk CAJ PERKHIDMATAN & S/FUND masing-masing...

kepada yang masih mempunyai TUNGGAKAN...silalah berbuat demikian/datang ke Pejabat Pengurusan di Blok D untuk perbincangan lanjut..

Kerjasama anda dalam melangsaikan Tunggakan adalah demi kebaikan HARTA BERSAMA..

untuk makluman..PERINGATAN PERTAMA &  KEDUA telahpun dikeluarkan..dan PERINGATAN ke-3 akan menyusul..

Thursday, September 23, 2010

KECURIAN LAGI....

Lokasi besi paip yang telah dicuri

PROJEK PEMBINAAN KAMPUS UTAMA UPSI YANG BARU DIHARAP AKAN MEMBERI PERUBAHAN BESAR KEPADA KEADAAN DAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN KOTA MALIM PRIMA KHUSUSNYA UNTUK PANGSAPURI STUDIO PRIMA....



Wednesday, September 8, 2010

Studio Prima Mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh Warga Kota Malim Prima...


PEJABAT PENGURUSAN DITUTUP BERMULA
9 SEPTEMBER 2010 - 14 SEPTEMBER 2010. 
SEKIAN HARAP MAKLUM.

Tuesday, August 31, 2010

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga pengurusan Studio Prima mengucapkan Takziah kepada keluarga Muhamad Burhanudin yang telah kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 27 Ogos 2010 (Jumaat) bersamaan 17 Ramadhan yang lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak yang masih kecil. Allahyarham dan keluarga juga sebenarnya baru sahaja berpindah ke Pangsapuri Studio Prima pada 03 Ogos yang lalu. Semoga Rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin Ya rabal Alamin.-Al Fatihah

Wednesday, August 25, 2010

KeMpEn kIbAR jALuR gEmILaNG

Bendera yang siap dipasang pada buluh
Orang kuat pejabat sedang membawa bendera Malaysia Untuk di Kibar di Pintu masuk Studio
Satu Bendera siap di pasang..MERDEKA !!
Megah Berkibar Bendera Malaysia..
salah satu penghuni Studio yang turut mengibarkan Jalur Gemilang

Sunday, August 22, 2010

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TAPAK  PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH DI KOTA MALIM PRIMA



TAPAK UNTUK SURAU AL-HIDAYAH


PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH - BERSEBELAHAN STUDIO PRIMA
 KAWASAN TAPAK SURAU MASIH LAGI DALAM PROSES PEMBERSIHAN

Thursday, August 19, 2010

SEMINAR PENGURUSAN HARTA HAK MILIK BERSAMA (JMB)  
ANJURAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Batu Ferringhi, 31 Julai - Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menganjurkan Seminar Pengurusan Harta Hak Milik Bersama (JMB) peringkat Zon Utara yang bertujuan untuk memastikan proses pendidikan yang berterusan kepada ahli JMB supaya perlaksanaan Akta  663 dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta berhubung kepentingan pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata di dalam meningkatkan kualiti kehidupan. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai aspek-aspek penting di dalam pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata di samping memberi penerangan mengenai hak dan peranan Badan Pengurusan Bersama yang telah ditubuhkan di kawasan masing-masing. 

Untuk pertama kalinya JMB Studio Prima telah menghantar wakil iaitu Pn. Rosfariza bagi menghadiri seminar tersebut kerana pengerusi JMB iaitu En.Zainal Abidin tidak dapat turut serta kerana terdapat sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat akhir. Diharap melalui seminar ini pengalaman dan idea-idea baru yang telah dikongsi bersama dapat dipraktikkan dalam pengurusan JMB Studio Prima bagi menambahbaik kualiti pengurusan dan penyenggaraan bangunan khususnya untuk  bangunan Studio Prima.

Wednesday, August 11, 2010

Studio Prima Mengucapkan Selamat Berpuasa

 

Warga kerja Studio Prima mengucapkan Selamat Menempuh Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada seluruh warga Studio Prima dan Pemilik-Pemilik Studio Prima yang beragama Islam. Untuk itu pihak Studio Prima juga mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amalan baik yang dilakukan akan dihitung disisinya.

Dalam hal berkaitan, pihak Studio Prima juga memohon maaf diatas kelewatan invois atau resit juga berita-berita berkaitan Studio Prima kerana kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada semua warga dan pemilik-pemilik Studio Prima. Semoga kita semua beroleh keberkatan dalam bulan yang mulia ini.Amin.

Thursday, August 5, 2010

Aktiviti penyemburan racun di sekitar kawasan studio Prima dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Batang Padang, Slim River & Tanjong Malim
04/08/2010
Bermula jam 8.00 malam - 10.00 malam


Monday, August 2, 2010

Aktiviti Terkini

Julai 2010 - Aktiviti penyemburan racun telah dijalankan oleh pihak Jabatan Kesihatan Daerah Batang Padang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Slim River & Tg Malim bagi mengatasi masalah kehadiran kupu-kupu beracun yang semakin banyak di sekitar kawasan pengsapuri terutama di kawasan laluan umum dan dinding-dinding bahagian luar rumah penduduk.Kupu-kupu ini jika terkena atau tersentuh akan mengakibatkan kegatalan dan kudis terutama kepada kanak-kanak yang bermain disekitar kawasan flat.