SEMINAR PENGURUSAN HARTA HAK MILIK BERSAMA (JMB)
ANJURAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Batu Ferringhi, 31 Julai - Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menganjurkan Seminar Pengurusan Harta Hak Milik Bersama (JMB) peringkat Zon Utara yang bertujuan untuk memastikan proses pendidikan yang berterusan kepada ahli JMB supaya perlaksanaan Akta 663 dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta berhubung kepentingan pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata di dalam meningkatkan kualiti kehidupan. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai aspek-aspek penting di dalam pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata di samping memberi penerangan mengenai hak dan peranan Badan Pengurusan Bersama yang telah ditubuhkan di kawasan masing-masing.
Untuk pertama kalinya JMB Studio Prima telah menghantar wakil iaitu Pn. Rosfariza bagi menghadiri seminar tersebut kerana pengerusi JMB iaitu En.Zainal Abidin tidak dapat turut serta kerana terdapat sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat akhir. Diharap melalui seminar ini pengalaman dan idea-idea baru yang telah dikongsi bersama dapat dipraktikkan dalam pengurusan JMB Studio Prima bagi menambahbaik kualiti pengurusan dan penyenggaraan bangunan khususnya untuk bangunan Studio Prima.
No comments:
Post a Comment